Kurik Kundi Merah Saga | Dari Acheh perang Belanda, Belanda banyak beribu-ribu; Cerailah kasih kepada kanda, Dindalah jangan mata bankudu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Inderagiri Kota Belanda, Orang Acheh menanam buluh; Memang untung berkahwin janda, Anak besar boleh disuruh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Angin berdengung Laut Belanda, Singgah berlabuh hujung Tanjung; Antara belum porak peranda, Turun layar baik berlindung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari Ahad minggu Belanda, Kapitan Cina bergelang kaki; Cuba ditanya pengubat lama, Bolehkah tidak kembali lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa diharap padi Belanda, Tempat semut buat sarang; Apa diharap pada kakanda, Tiada harta bangsa pun kurang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina anak Belanda, Pulang terbang Batu Lintan; Jikalau kena dengan cara, Nyawa dan badan saya berikan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak laksamana bermain pedang, Anak Belanda mencukur janggut; Membuang tuba di tengah padang, Anak mati di tengah laut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tengah malam ke Pulau Pinang, Anak Belanda turun ke kapal; Tengah malam adinda terkenang, Air mata turun ke bantal. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kelip-kelip api di pantai, Anak Belanda memasang pelita; Air mata menitis ke bantal, Baru kusedar hatiku cinta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berapa dalam laut Inggeris, Dalam lagi laut Belanda; Berapa tajam hujung keris, Tidak takut menahan dada. |