Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : suku bangsa yg berasal dr Sulawesi Selatan, Indonesia, yg terkenal sbg pelaut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bugis

Puisi
 

Kain Bugis kain Palembang,
     Pakai anak Raja Semarang;
Mas merah asalnya kurang,
     Emas bersepuh di kayu arang.


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKapal Bugis sudah datang, Sembah barang kepada raja; Sudah lama abang berdagang, Sampai masa nak balik juga.
Kurik Kundi Merah SagaKain Bugis kain Palembang, Pakai anak Raja Semarang; Mas merah asalnya kurang, Emas bersepuh di kayu arang.
Kurik Kundi Merah SagaKain Bugis punca di tengah, Dibawa orang jual ke hulu; Sedang berkasih datang fitnah, Baik kita berhenti dahulu.
Kurik Kundi Merah SagaKain Bugis punca di tengah, Dibawa orang jual ke hulu; Sedang berkasih datang fitnah, Baik kita berhenti dahulu.
Kurik Kundi Merah SagaAyam Bugis menyabung tali, Mari berlaga Alor Kesinai; Adik putih cuba lalu lagi, Berpaling tengok abang nak kenai.
Kurik Kundi Merah SagaCincin intan buatan Bugis, Kilau-kilau nampak warnanya; Musim durian buah pun habis, Manggis menumpang apa tandanya?
Kurik Kundi Merah SagaKapal dagang kapal Bugis, Kapal hendak ke negeri China; Dulu tak cukup sekarang tak habis, Adik ini nak buang ke mana?
Kurik Kundi Merah SagaSingapura serupa-rupa, Anak Bugis jalan bertiga; Hendak lupa tak boleh lupa, Hitam manis dikenang juga.
Kurik Kundi Merah SagaSingapura serupa-rupa, Anak Bugis jalan bertiga; Hendak lupa tak boleh lupa, Hitam manis dikenang juga.
Kurik Kundi Merah SagaKapal belayar tengah malam, Kapal Bugis sudah datang; Sudah lama abang menghilang, Ke mana pergi tak nampak bayang.
12

Kembali ke atas