Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bangsa yg nenek moyang mereka berasal dr negeri China (Tiongkok), Tionghua; ~ buta ki lelaki yg menikahi seseorang perempuan yg telah ditalak tiga oleh suami­nya, kemudian diceraikannya supaya perem­puan tersebut dapat berkahwin semula dgn bekas suaminya, muhalil; ~ peranakan a) keturunan orang Cina dgn orang dr bangsa lain; b) = ~ peranakan Malaya orang Cina yg dilahirkan di Malaya; memperjuali orang ~ penjahit prb mengajar orang yg sudah memang pandai; kecinaan yg berkaitan dgn orang atau bangsa Cina: lukisan berus cina menggambarkan estetika ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Cina I

Puisi
 

Sirih cina jambangan cina,
     Lalu dibungkus di dalam kertas;
Saja rupa adik tak bena,
     Di dalam hati haram tak lepas.


Lihat selanjutnya...(181)
Peribahasa

Galas terdorong kepada Cina.

Bermaksud :

Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Gadai terdorong ke [pada] Cina).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBunga Cina tanaman Cina, Mari dipakai tuan puteri; Kerja kita akan sempurna, Bila sampai masa dijanji.
Kurik Kundi Merah SagaSirih cina jambangan cina, Lalu dibungkus di dalam kertas; Saja rupa adik tak bena, Di dalam hati haram tak lepas.
Kurik Kundi Merah SagaSigup cina tembakau cina, Asapnya mari berbunga-bunga; Pandang muka tidak berina, Sudah kutahu orang yang punya.
Kurik Kundi Merah SagaSirih cina jambangan cina, Lalu dibungkus di dalam kertas; Saja rupa adik tak bena, Di dalam hati haram tak lepas.
Kurik Kundi Merah SagaSigup cina tembakau cina, Asapnya mari berbunga-bunga; Pandang muka tidak berina, Sudah kutahu orang yang punya.
Kurik Kundi Merah SagaBunga cina tanaman Cina, Mari bungkus di atas kertas; Lihat saya bena tak bena, Tak usah harap katakan lepas.
Kurik Kundi Merah SagaBunga cina tanaman Cina, Ambil sekuntum bungkus kertas; Pandang tuan bena tak bena, Di dalam hati haram tak lepas.
Kurik Kundi Merah SagaBunga cina permainan Cina, Mari dibungkus dengan kertas; Kalau saya bena tak bena, Hati di dalam haram tak lepas.
Kurik Kundi Merah SagaBunga cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Hati saya sudah merana, Di dalam hati mana nak lepas.
Kurik Kundi Merah SagaBunga cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Saja rupa bena tak bena, Di dalam hati haramtak lepas.
12345678910...

Kembali ke atas