Kurik Kundi Merah Saga | Hitam-hitam si tampuk manggis, Sayang kemuning gugur bunganya; Sungguh hitam dipandang manis,hitam manis/pandang Putih kuning apa gunanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak ketam perkara ketam, Ketam rejang corak beragi; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis memutus hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak ikan perkara ikan, Ikan bilis sedap sekali; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis pemurah hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak ikan perkara ikan, Ikan laut banyak lagi; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis menarik hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari panas tidak menjemur, Saya biasa menjemur batu; Hitam manis kenapa tak tidur, Saya biasa tidur berpangku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gunung Daik nampak terlintang, Nampak dari Pulau Pelanduk; Hitam manis sanggul melintang, Tempat abang bersandar masuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur lamin di Pantai Lamin, Jatuh sebutir disambar ribut; Hitam manis duduk beransin, Cacat sedikit rambutnya sejemput. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang meraih di Lubuk Johor, Ketam padi nakhoda Acheh; Hitam manis rambutnya kejur, Mari kita bertambat kasih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal api kapitan Jerman, Teluk meneluk di Pulau Jawa; Hitam manis perubuh budiman, Putihlah kuning pembalut nyawa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang mengail di Lubuk Jauhar, Ketam padi di petak Salleh; Hitam manis berambut kejur, Tempat abang menumpang kasih. |