Kurik Kundi Merah Saga | Intan terpilih tercabut sarung, Disambarlah oleh dewa alperi; Puas kupilih di dalam kampung, Baru mendapat si jantung hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buat ketupat sebakul baru, Pergi jala di kampung Siam; Abang dapat sahabatlah baru, Sahabat lama tinggallah buang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gali cacing di Kampung Cina, Pergi mengail keruh airnya; Timbang dacing kena sukatnya, Baru berniaga boleh lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang berpantun di Kampung Hulu, Sambil mencabut ulam bermi; Tujuh tahun musim berlalu, Baru tersedar rumput di bumi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Saad membeli pinang, Pinang dibeli Kampung Sena; Puan ingat saya kenang, Baru boleh kawan lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukan jagung sebaranglah jagung, Kacang melilit di batang aru; Bukannya datang sebarang kampung, Datang menghibur hati yang baru. |