Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Makkah

Puisi
 

Nampak dari tanah Makkah,
     Di sana ramai anak bidadari;
Sabarlah kita sebelum nikah,
     Sama-samalah menjaga diri.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPergi Makkah lalu Madinah, Singgah bermalam tengah laut; Dengarlah ratap Siti Fatimah, Dengarlah suara Nabi Allah Daud.
Kurik Kundi Merah SagaNampak dari tanah Makkah, Di sana ramai anak bidadari; Sabarlah kita sebelum nikah, Sama-samalah menjaga diri.
Kurik Kundi Merah SagaZam-zam telaga Makkah, Tempat orang mengambil haji; Walau beribu orang bergagah, Kami tidak mungkir janji.
Kurik Kundi Merah SagaAnak kala memanjat pinang, Nampak dari tanah Makkah; Masa ini kita bertunang, Sabar-sabarlah sebelum menikah.
Kurik Kundi Merah SagaRumah limas bertangkal-tangkal, Bawa mari pergi ke Makkah; Abang dah kasi emas sejengkal, Bila pula kita nak nikah?
Kurik Kundi Merah SagaTudung saji pasak ke timah, Buat penudung buah Melaka; Naik haji Makkah - Madinah, Nak buang segala dosa.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tahu lemaknya lada, Serak bersirai pengebat benih; Kalau diundang mandikan jua; Bertuah orang pergi Makkah.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi sungguh burung kelicap, Burung lilin di pokok getah; Pandai sungguh cik puan bercakap, Macam tuk alim dari Makkah.

Kembali ke atas