Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. masuk di celah (orang dll), berada di celah-celah: perempuan itu ~ di antara kedua-dua anaknya yg sedang berkelahi itu; 2. memotong cakap orang, me­nyampuk: belum sempat saya menghabiskan perkataan saya, dia pun ~; saya tidak mahu ~ kata-katanya; 3. mulai masak dgn per­ubahan warna sedikit-sedikit tetapi belum merata (bkn buah-buahan spt rambutan, langsat dan duku); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Mencelah

Puisi
 

Bunga sena kuning mencelah,
     Daun kering jatuh bersepah;
Saya yang hina buang sebelah,
     Hidup di dunia bagai sampah.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBuah langsat kuning mencelah, Sayang senduduk berbunga pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.
Kurik Kundi Merah SagaBunga sena kuning mencelah, Daun kering jatuh bersepah; Saya yang hina buang sebelah, Hidup di dunia bagai sampah.
Kurik Kundi Merah SagaKe sini tasik ke mari padang, Tempat pandan tumbuh mencelah; Di sini kasih di sana sayang, Terbuang badan sama tengah.

Kembali ke atas