Kurik Kundi Merah Saga | Jangan naik kereta kuda, Marilah kita berjalan kaki; Jangan kita main cinta, Nanti kita makan hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cubalah abang naik rakit, Naik kereta pergi ke hulu; Bolehlah abang tolong sedikit, Supaya adik bolehlah tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan berjalan kaki, Jika penat naik kereta; Jangan sekali menurutkan hati, Seumur hati duduk bercinta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Biar tidak menaiki lori, Asal boleh naik kereta; Biar tak makan dua hari, Asalkan boleh berjumpa mata. |