Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. panggilan kpd perempuan Cina yg sudah bersuami; 2. perempuan Cina drpd golongan Baba; 3. id panggilan kpd pe­rempuan yg sudah bersuami; ~ rumah pe­rempuan tuan rumah, perempuan yg em­punya (memiliki) rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 panggilan yg biasanya utk perempuan Cina yg sudah bersuami. 2 perempuan Cina dr golongan Baba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Nyonya

Puisi
 

Ayam biring kuning kakinya,
     Anak nyonya membeli kain;
Abang tinggal sumbing hatinya,
     Sama-sama mencari lain.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaNyiur manis baru gugur, Dibawa nyonya keluar pagar; Jasad menangis di pintu kubur, Menyesal di dunia tidak belajar.
Kurik Kundi Merah SagaAyam biring kuning kakinya, Anak nyonya membeli kain; Abang tinggal sumbing hatinya, Sama-sama mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaPokok pauh dahannya rendang, Buah mengkudu dijolok nyonya; Adik jauh memang dikenang, Hati rindu apa ubatnya?
Kurik Kundi Merah SagaAngin berhenti lautan tenang, Buah berembang dikutip nyonya; Teringin hati memetik kembang, Rupanya kembang sudah berpunya.
Kurik Kundi Merah SagaHujan turun di rimba belukar, Anak itik dikepung nyonya; Bertahun-tahun gunung terbakar, Embun setitik jadi pemadamnya.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan terus ke kota, Bersuka ria baba dan nyonya; Terus terang kita berkata, Hajat hendak menyunting bunga.

Kembali ke atas