Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Pinang tanah seberang, Selat Melaka jadi sempadan; Kalau dikenang tuan seorang, Mungkin celaka nasib badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Pinang pulaunya indah, Kapten Light menjadi raja; Bila terkenang sejarah yang sudah, Berlinang lebih si air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Pinang Pekan Baru, Kapten Light menjadi raja; Bila terkenang zaman dahulu, Jatuh berlinang air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Pinang Pekan baharu, Tempat Cik Khalid menjadi raja; Bila terkenang masa dahulu, Tunduk menitik air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan di Pulau Pinang, Orang berancah di dalam kapal; Tidur malam selalu mengenang, Air mata jatuh ke bantal. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tengah malam ke Pulau Pinang, Anak Belanda turun ke kapal; Tengah malam adinda terkenang, Air mata turun ke bantal. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua kali ke Pulau Pinang, Putus tali sampan mengangguk; Dua kali saya terkenang, Air diminum terasa mabuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua kali ke Pulau Pinang, Putus sampan tali melambuk; Dua kali hati terkenang, Pati santan diminum mabuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua kali ke Pulau Pinang, Air laut pasang tenangan; Dua kali abang terkenang, Air mata jatuh berlinangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Pasak ke Pulau Pinang, Singgah sekejap di Teluk Lipat; Jika teragak hendak meminang, Usah diharap hendak dapat. |