| Kurik Kundi Merah Saga | Rumah batu atap bata, Tempat mamak buat roti; Tempat tak tentu jangan kata, Tempat gamak boleh jadi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Rumah batu pintu ke laut, Indah terbina di pinggir jalan; Kerana senyum banyak terpaut, Ingin hati hendak berkenalan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Batu Pahat perigi batu, Sebelah sana Gunung Banang; Abang pergi bawalah aku, Duduk di rumah hati tak senang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Batu Peringgi Kuala Renam, Nampak dari Pasir Raja; Abang pergi menanggung dendam, Adik di rumah rindu sahaja. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tuan kayuh orang berempat, Tuan menuju ke rumah raja; Kalau sampai di Batu Pahat, Macam menitik air mata. |