Kurik Kundi Merah Saga | Dari Siam pergi Kelantan, Dari Kelantan ke negeri China; Sesal dahulu jadi pendapatan, Sesal kemudian tiada guna. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anjunglah Siam patah kemudi, Ambil paku lantak di papan; Diamlah diam tidak berbunyi, Lupalah malu bertepuk sopan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau jeruju bandar Siam, Siang-sianglah kok padi; Kalau beralih tempat diam, Ulang-ulang mandi kini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kencang utara daratan Siam, Bunyi beduk dari hulu; Datang sengsara duduk diam, Asalkan tertutup sekalian malu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau jeruju bandar Siam, Siang-sianglah kok padi; Kalau beralih tempat diam, Ulang-ulang mandi kini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Acheh ke Kinabatangan, Dari Siam berdandan kuku; Kalau kasih berbantal lengan, Jikalau sudi ganti namaku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Telaga batu di Batu Pahat, Dipahat Siam hendak ke Melaka; Kalau begitu membuat jahat, Tidak diam badan celaka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang kaya beremas sutera, Lipatan kusut dari Siam; Baik percaya angin utara, Ribut sampai dalam diam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pandai menari joget Melaka, Masyhur sampai negeri Siam; Hairan sekali di hati saya, Bercerai kasih di dalam diam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buat ketupat bakul baru, Buang kulit lautan Siam; Abang dapat kekasih baru, Buang saya dalam diam. |