| Kurik Kundi Merah Saga | Pokok dedap tengah padang, Datang gajah lelai pula; Tengah sedap mata memandang, Kehendak Allah bercerai pula. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tengah malam ke Pulau Pinang, Anak Belanda turun ke kapal; Tengah malam adinda terkenang, Air mata turun ke bantal. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Buat rumah berdinding papan, Papan Jawa empat persegi; Bila terkenang tengah makan, Air mata jatuh ke nasi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ayam denak di tengah padang, Mari dipecat budak raja; Sungguh jinak mata memandang, Tak boleh ditangkap sahaja. |