Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abu

Puisi
 

Cik Abu orang Peringgit,
     Siang malam main perahu;
Buku tebu boleh kugigit,
     Buku buluh belum tahu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Berdiang di abu dingin.

Bermaksud :

Tidak memperolehi pertolongan daripada saudara sendiri, ketika dalam kesusahan, kerana ia juga dalam keadaan yang serupa; tidak mendapat suguhan waktu bertamu di rumah orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAbang Abu duduk bermenung, Mari berjalan Kampung Tembirat; Hendak mengikat ekor burung, Ambillah tali pakai pengikat.
Kurik Kundi Merah SagaCik Abu orang Peringgit, Siang malam main perahu; Buku tebu boleh kugigit, Buku buluh belum tahu.
Kurik Kundi Merah SagaHari mana mengayak abu, Hari tuan mengayak pasir; Bagaimana bercerai ibu, Bagai roboh kota besar.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Metedong Gunung Metali, Beruang Abu terbang sekawan; Betul-betul memegang janji, Laksana paku lantak ke papan.
Kurik Kundi Merah SagaTiup api di Gunung Ledang, Abu-abunya kutampi jua; Niat hati dari bujang, Balu-balunya kuambil jua.
Kurik Kundi Merah SagaHisap rokok dalam kelambu, Terbit asap menjadi abu; Saya umpama golok kayu, Tetak tak lut gadai pun tak laku.
Kurik Kundi Merah SagaSayang mas melor dengan mas keli, Buang abu terbang sekawan; Meminta teguh memegang janji, Sama paku lantak ke papan.
Kurik Kundi Merah SagaAda berempat sahabat nabi, Ada seorang jadi khalifah; Abu Bakar, Omar, Usman, dan Ali, Saidina Ali suami Fatimah.
Kurik Kundi Merah SagaNaik bukit bertangga batu, Itu bernama anak Si Abu; Lama ditunggu dapat satu, Lebih baik pasang bubu.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada peria pahit, Belanga baru jerang udang; Kalau ada budi baik, Jadi abu dikenang orang.
12

Kembali ke atas