Kurik Kundi Merah Saga | Ada kerusi ada meja, Itulah tempat membasuh kaki; Ada budi ada bahasa, Itulah tempat ditaruh hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak tebu tempatku mandi, Layang-layang di Padang Semu; Jangan sedih dalam hati, Ada hayat boleh bertemu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak sungguh kayu di paya, Ada sebatang pokok meranti; Banyak sungguh anak dara, Ada seorang berkenan di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dewa-dewa melihat sakti, Diam dalam gua batu; Jangan encik susah hati, Susah ada Tuhan membantu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beras pulut bercampur padi, Laksamana memanah dulang; Di mulut sedih di hati, Belum ada anak seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa direnung apa dikenang, Kamek dua Pulau Bali; Baranglah nisik jangan dikenang, Baranglah ada menghibur hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada jarum patah, Jangan simpan dalam peti; Kalau ada silap salah, Jangan simpan dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada kaca di pintu, Bunga dedap dalam padi; Kalau ada kata begitu, Barulah sedap dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada kaca di pintu, Bunga dedap dalam padi; Kalau ada kata begitu, Barulah sedap dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagar ada bertemu tidak, Buah segamat di dalam peti; Berpandang ada bertemu tidak, Rasa kiamat di dalam hati. |