Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adik adik

Puisi
 

Itik-itik di Kampung Cina,
     Buah mempelam masak bercahaya;
Adik-adik abang bertanya,
     Berapa bulan kasihkan saya?


Lihat selanjutnya...(305)
Peribahasa

415

Don't make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKapal besar dari Ayupa, Hendak menuju kapal Bintulu; Adik-adik jarang berjumpa, Belum ditegur terkidum dulu.
Kurik Kundi Merah SagaItik-itik di Kampung Cina, Buah mempelam masak bercahaya; Adik-adik abang bertanya, Berapa bulan kasihkan saya?
Kurik Kundi Merah SagaDua puluh lapan kuda berlari, Kuda menarik kereta pedati; Adik-adik jangan lari, Kita biar bersama mati.
Kurik Kundi Merah SagaBercincin di jari manis, Hendak kusimpan di dalam peti; Adik-adik tunduk menangis, Mari kita bersama mandi.
Kurik Kundi Merah SagaBaru saja adik berkain, Adik berkain malam Jumaat; Bukan saya pandai bermain, Saya melangsung orang berhajat.
Kurik Kundi Merah SagaBukan saja saya menali, Saya menali benang melati; Bukan saja adik menyanyi, Adik menyanyi menghibur hati.
Kurik Kundi Merah SagaSedih sungguh teringatkan bukit, Kerana bukit tiada berkayu; Sedih sungguh teringatkan adik, Kerana adik tiada beribu.
Kurik Kundi Merah SagaBelas hati pandang ke bukit, Kerana bukit tidak berkayu; Belas hati pandang ke adik, Kerana adik tidak beribu.
Kurik Kundi Merah SagaSirih kuning celah lantai, Ayam putih berkokok lalu; Adik kuning panjang lampai, Adik putih abang gemalu.
Kurik Kundi Merah SagaSirih kuning celah lantai, Ayam putih berkokok lalu; Adik kuning panjang lampai, Adik putih abang gemalu.
12345678910...

Kembali ke atas