Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.had] | احد

Definisi : Ar 1. satu, esa: Allahu A~; 2. pertama; hari A~ hari pertama dlm seminggu selepas hari Sabtu, hari minggu; 3. minggu; se~ seminggu, sejumaat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.had] | احد

Definisi : Ar perjanjian; mengahadkan 1. menikahkan: maka kadi pun tampillah ke hadapan ~ kedua-duanya; 2. memeterai perjanjian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.had] | احد

Definisi : 1 (bkn Allah) Esa; Tunggal: Allahu ~ Allah itu Esa. 2 = hari ~ hari pertama dlm sesuatu minggu; hari minggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahad

Puisi
 

Hari Ahad minggu Belanda,
     Kapitan Cina bergelang kaki;
Cuba ditanya pengubat lama,
     Bolehkah tidak kembali lagi.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHari Ahad pergi ke panggung, Melihat cerita Seri Andalas; Hati rindu tidak tertanggung, Budi tuan tidak terbalas.
Kurik Kundi Merah SagaHari Ahad minggu Belanda, Kapitan Cina bergelang kaki; Cuba ditanya pengubat lama, Bolehkah tidak kembali lagi.
Kurik Kundi Merah SagaHari Ahad malam minggu, Sayang encik Syawal menganyamlah pagar; Sudah tersurat ke perut ibu, Berjanji awal tidak bertukar.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Ahad, Malam besok malam Isnin; Inilah jalan-jalan makrifat, Tuntutlah ilmu sampai berkenan.
Kurik Kundi Merah SagaHari ini hari Ahad, Besok hari Isnin; Mudah-mudahan nabi mengaku umat, Barulah masuk kaum muslimin.
Kurik Kundi Merah SagaHari ini hari Ahad, Esok hari Isnin; Kalau kerja tidak muafakat, Kerja kita itu main-main.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menjamu bulan terang, Hari Ahad tanah seberang; Tuntut ilmu jangan kurang, Ke liang lahad tergolek seorang.
Kurik Kundi Merah SagaHari ini hari Sabtu, Besok hari Ahad; Pergi sembahyang lima waktu, Baharu nabi mengaku umat.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Sabtu, Malam besok malam Ahad; Rupa yang tujuh menjadi satu, Inilah jalan jalan makrifat.

Kembali ke atas