Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akan-akan

Puisi
 

Tempurung bermata tiga,
     Ayam di bawah rumah kandang-kandangan;
Akan terturun akan tiada,
     Lekat di rumah berpandangan.


Lihat selanjutnya...(74)
Peribahasa

Condong yang akan menongkat,
     rebah yang akan menegakkan.

Bermaksud :

Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu.

 

Lihat selanjutnya...(381)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAkan kupasang bukannya tongkang, Akan kupais bukannya lobak; Akan terbang bukannya burung, Akan menangis bukannya budak.
Kurik Kundi Merah SagaTempurung bermata tiga, Ayam di bawah rumah kandang-kandangan; Akan terturun akan tiada, Lekat di rumah berpandangan.
Kurik Kundi Merah SagaKurang kapur tambah cendana, Burung punai atas keranji; Kami juga akan bertanya, Menunai akan segala janji.
Kurik Kundi Merah SagaAkan makan nasi berkuah, Gawai emas bergiring-giring; Kalau ada untung bertuah, Karam di laut dampar ke Siring.
Kurik Kundi Merah SagaAkan beratap daun keladi, Membuat junjung di tepi paya; Tunang si anu tidak menjadi, Bolehkah saya ikut bersama.
Kurik Kundi Merah SagaSirandah daunnya hijau, Ambil sepenggal akan pelacut; Tinggi rendah mata meninjau, Akan mencari lawanan patut.
Kurik Kundi Merah SagaSayang cempaka berbunga biru, Ditimbang akan burung garoda; Dipandanglah mata menahan rindu, Kutimbang akan jodoh bersama.
Kurik Kundi Merah SagaJambangan tumbuh di besen, Akan dihantar Si Raden Galuh; Sapu tangan saya membikin, Pohon akan pemalit peluh.
Kurik Kundi Merah SagaApa buat menganyam nyiru, Lintang akan sambil diangkat; Apa boleh menahan rindu, Dilimpang akan ditidur angkat.
Kurik Kundi Merah SagaDari mana datang berakit? Bawa berdua akan belayarnya; Dari tuan datang penyakit, Tuanlah juga akan ubatnya.
12345678

Kembali ke atas