Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.khir] | اخير

Definisi : 1. kemudian sekali, penghabisan: per­kataan itu terdapat pd baris ~ halaman itu; ikhtiar­nya yg ~; peringkat ~ pelaksanaan projek; ~ minggu hujung minggu (hari Sabtu petang sampai hari Ahad); ~ musim peng­hujung musim; ~ zaman a) sl zaman sekarang ini; b) penghabisan; 2. = ~ sekali = terakhir paling kemudian, terkemudian (sekali): itulah kali ~ saya bertemu dengannya; 3. yg diada­kan terkemudian sekali (sbg penamat): per­tan­dingan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.khir] | اخير

Definisi : 1 = terakhir di hujung atau di belakang sekali letaknya; terkemudian; terkebelakang: Ayat yg ~ dlm karangan itu lebih baik dibuang saja. 2 bahagian atau tempoh yg kemudian sekali; penghabisan; kesudahan: Pd ~ tahun ini, saya akan melancong ke luar negara. akhirnya, = akhir-akhirnya kesudahannya: ~ mati juga anjing yg dilanggar kereta itu. berakhir sampai ke akhirnya; selesai; habis: Cuti sekolah telah ~ pd pertengahan bulan April. mengakhiri menaruh atau menempatkan kemudian; mengundurkan (waktu). akhiran penambah (spt -an, -i, -kan) yg terdapat di hujung sesuatu perkataan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akhir

Puisi
 

Jika dituju selepas berlari,
     Akhir kumbang beranak telur;
Jikalau diturut hatiku ini,
     Akhirnya padang menjadi kubur.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Awal dibuat,
     akhir diingat.

Bermaksud :

Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDari awal sampai ke akhir, Limau lelang saya kupaskan; Singa bersoal garoda berfikir, Rimau garang saya lepaskan.
Kurik Kundi Merah SagaJika dituju selepas berlari, Akhir kumbang beranak telur; Jikalau diturut hatiku ini, Akhirnya padang menjadi kubur.
Kurik Kundi Merah SagaRambut ikal gulung di dahi, Khabar pulang bersarung gigi; Rasa tak kekal diam di sini, Akhir pulang ke tempat sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaNaik gunung mana arak, Batu mana tanah air; Rendah gunung tinggi arak, Dari awal sampai akhir.

Kembali ke atas