Kurik Kundi Merah Saga | Malam ini malam Khamis, Malam besok malam Jumaat; Di hari akhirat tidak menangis, Hendak jumpa Nabi Muhammad. |
Kurik Kundi Merah Saga | Halia ini tanam-tanaman, Di darat jua tumbuhnya; Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat jua akan sungguhnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Halia ini halia tanaman, Tempat hiris bintang berlenguh; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat juga tempat yang sungguh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah ini buah berangan, Masak dibungkus sapu tangan; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat kelak kampung halaman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asam rumbia dibelah-belah, Buah separah dalam raga; Dunia ikut firman Allah, Akhirat juga mendapat syurga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kayu pagar berikat tali, Diikat-ikat bawa ke tanjung; Kalau benar berkali-kali, Akhirat jangan tanggung-menanggung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Halia ini tanam-tanaman, Ke barat juga akan condongnya; Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat juga akan sudahnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan panas berderai-derai, Derai mula dari hulu; Di sini kita bercerai, Di akhirat kita bertemu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Harap sungguh makan dijerat, Makan di upih kerabu jantung; Harap saya dunia dan akhirat, Ingatkan boleh tempat bergantung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari air sampai ke darat, Pohon meranti si pohon nangka; Kalau kukenang sampai akhirat, Aku nantimu di pintu syurga. |