| Kurik Kundi Merah Saga | Hendak memakan buah cermai, Makan bersama jambu susu; Puas ombak melanda pantai, Mengapa pantai tak ambil tahu? |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik terenang-renang, Renang mari depan perahu; Kita juga terkenang-kenang, Orang jauh tak ambil tahu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Sebandi Kuala Kabong, Mati berenang dalam perahu; Rasa nak putus hati mengenang, Tuan dikenang tak ambil tahu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tahu lemaknya lada, Ambil minyak linang-linangkan; Kalau nak tahu lemaknya janda, Ambil anak timang-timangkan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ambil badan kerat-kerat, Mari letak haluan perahu; Sakit badan haluan diubat, Sakit hati siapa tahu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sutera ini sutera sulaman, Ambil dibuat pengilat kaca; Surat ini surat kiriman, Kalau nak tahu cubalah baca. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sutera ini sutera sulaman, Ambil dibuat pengilat kaca; Surat ini surat kiriman, Kalau nak tahu cubalah baca. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Jika berkelik parah di bukit, Ambil alu terkenangkan paya; Paling muka senyumlah sedikit, Sudah tahu diamlah kita. |