Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik si anak angsa, Beri padi anak kededek; Anak ini anak celaka, Beri laki anak berkehendak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak-anak di kayu tinggi, Tempat galah si daun pisang; Anak dagang menumpang di sini, Bajulah basah kering di pinggang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang anak-anak, Sampai pasang hujung sana; Kerbau jalang baru nak jinak, Baru merapat kandang lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak tiung anak ketitir, Anak balau terlompat-lompat; Barang dikendong habis tercicir, Barang dikejar haram tak dapat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ndong anak ketitir, Anak merbah terloncat-loncat; Untung dikendong habis tercicir, Untung dikejar haram tak dapat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak sepat anak sembilai, Anak tengkarung di dalam padi; Dari jauh sengek dan kulai, Senyum serong haram tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ikan anak angsa, Anak kala makan api; Patuk tedung abang tak bisa, Jeling janda nyaris nak mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik anak angsa, Anak menyusur lumut di batu; Jangan ditilik orang berbangsa, Tilik akan dagang piatu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina anak Melayu, Anak Jepun melipat kain; Bagaimana bunga tak layu, Embun menitik di tempat lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Keling anak Cina, Ketiga dengan anak Melayu; Jangan belayar angin tak kena, Takut karam tenggelam lalu. |