Kurik Kundi Merah Saga | Anak bulan tiada pohon, Anak kubis tepi sempadan; Habis bulan berganti tahun, Sudah habis nyawa di badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak yu senangin bulan, Bawah bulan pagar jerami; Kalau rindu pandang bulan, Dalam bulan ada kami. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak endu termami bulan, Bawah bulan pagar jerami; Tuan rindu pandang bulan, Bawah bulan ada kami. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Arab lalu sekawan, Singgah berhenti pohon gaharu; Jangan harap cahaya bulan, Bulan tidak terang selalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan muka diukir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bulan terang memungut paku, Anak kumbang terayap-rayap; Orang seberang hendakkan aku, Hendak terbang tidak bersayap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan awan beralih, Anak yatim berkayuh perahu; Lahir kupandang nampak kekasih, Dalam hati siapa tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dara berkain cukin, Dari Daik bulan puasa; Tidak kira kaya miskin, Asalkan baik budi bahasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak raja turun berperang, Menemui seekor burung terkikir; Tuan laksana bulan terang, Cahaya terus di dalam air. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang memburu pagi hari, Anak rusa lari bertindak; Sungguh bulan payung negeri, Sehari ada sehari tidak. |