Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina belayar kapal, Pecah cawan terantuk ke kemudi; Kait bunga galah tak sampai, Bunga biasa luruh sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baik-baik jaga pedoman, Kapal belayar puting anak; Sudah kembang bunga di taman, Suka hati kumbang yang banyak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tengah malam ke Pulau Pinang, Anak Belanda turun ke kapal; Tengah malam adinda terkenang, Air mata turun ke bantal. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak saudagar pergi berdagang, Tumpang belayar perahu Melayu; Kapal belayar muatan kurang, Kena gelombang tenggelam lalu. |