Kurik Kundi Merah Saga | Anak punai anak merbah, Pandai ia membuat sarang; Anak sungai lagi berubah, Ini pula hati orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak punai anak merbah, Terbang bersama membuat sarang; Anak sungai lagi berubah, Inikan pula hati orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hilir rakit sungai sempit, Anak raja turun menuba; Hulur sirih jari dipicit, Itulah tempat muda mencuba. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Balai jalan berhenti, Anak Cina melipat kain; Adinda lalai boleh kunanti, Janganlah saja ke tempat lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Balai jalan berhenti, Anak Cina melipat kain; Adinda lalai boleh kunanti, Janganlah saja ke tempat lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dara di tebing sungai, Duduk menjerat ketam batu; Manis rupa elok perangai, Tolong pilih yang mana satu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada satu anak Brunei, Cari makan menimba jala; Jangan ikut arus di sungai, Takut terkepung pintu kuala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Di tepi sungai ramai pemuda, Menangguk ikan di air keruh; Apa salah berbini janda, Anak tiri boleh disuruh. |