Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ara his

Puisi
 

Potong ara potong kelapa,
     Potong mari belakang mati;
Mabuk arak tidak mengapa,
     Mabukkan janda membawa mati.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Ara tak bergetah.

Bermaksud :

Suatu perkara yang mustahil.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKayu ara dua secabang, Mati secabang dimakan api; Anak dara dua sekupang, Janda empat segantang padi.
Kurik Kundi Merah SagaPotong ara potong kelapa, Potong mari belakang mati; Mabuk arak tidak mengapa, Mabukkan janda membawa mati.
Kurik Kundi Merah SagaKayu ara di hujung balai, Dituruni bulan puasa; Adinda tuan janganlah lalai, Sudah tua badan binasa.
Kurik Kundi Merah SagaKayu ara buat apung, Tetak duri tanah bukit; Kalau abang jauh kampung, Mari sini awal sikit.
Kurik Kundi Merah SagaKait-kait ara muda, Timun mikai dalam padi; Baik-baik bermain muda, Jangan menyesal dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaRendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur tepi telaga; Tidak salah berkenal mesra, Tatasusila perlu dijaga.
Kurik Kundi Merah SagaKalau abang menebang ara, Hendaklah tebang dengan kapak; Kalau abang hendak berkira, Pergi berjumpa ibu dan bapak.
Kurik Kundi Merah SagaKalau nak tahu ara berbunga, Sirih kuning di celah lantai; Kalau nak tahu syurga dunia, Putih kuning panjang lampai.
Kurik Kundi Merah SagaKalau nak tahu ara berbunga, Sirih kuning di celah lantai; Kalau nak tahu syurga dunia, Putih kuning panjang lampai.
Kurik Kundi Merah SagaTiung banyak di pokok ara, Berpasang dengan si burung merbah; Jangan rindu sepeninggalan kanda, Kasih hati tidakkan berubah.
12

Kembali ke atas