| Kurik Kundi Merah Saga | Lumba-lumba mudik sekawan, Naik gunung mana arah; Hendak perhamba padamu tuan, Tinggallah gunung tinggallah arah. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tanjung Sempit Kuala Tembeling, Arah menghala Lautan Cina; Dia mengenyit saya menjeling, Kenapa seorang jadi merana. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Jika adik masak serunding, Bolehlah dijamu kakak Zaharah; Jika cerdik teman berunding, Jika bodoh disuruh arah. |