Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj minuman yg mengandungi alkohol dan memabukkan, minuman keras; kaki ~ orang yg kuat minum arak; pengarakan tempat membuat arak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj minuman keras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arak I

Puisi
 

Arak tikar kelambu dulu,
     Belah pinang dalam lopak;
Sudah gempar berhenti dulu,
     Ada senang buat pulak.


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaNaik gunung mana arak, Batu mana tanah air; Rendah gunung tinggi arak, Dari awal sampai akhir.
Kurik Kundi Merah SagaArak tikar kelambu dulu, Belah pinang dalam lopak; Sudah gempar berhenti dulu, Ada senang buat pulak.
Kurik Kundi Merah SagaAnakCina turun ke pekan, Minum arak sambil berdiri; Jangan dihina orang berdagang, Ambo mari nak kirim diri.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina anak Yahudi, Minum arak berpeti-peti; Sejak bunga dipagar besi, Kumbang di luar menghempas diri.
Kurik Kundi Merah SagaLaju laju perahuku laju, Tujuan arak ke bangsal hulu; Ayuhai adinda jangan begitu, Hatiku sangat bercampur rindu.
Kurik Kundi Merah SagaGendang ada tamburnya tidak, Bunyinya mari arak-arakan; Baik benar berbuat tidak, Dendam rindu boleh dibacakan.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Pinang laut keliling, Tempat Hindu minum arak; Dapat dikirim sirih pinang, Rindu dendam siapa nak bawak.
Kurik Kundi Merah SagaPotong ara potong kelapa, Potong mari belakang mati; Mabuk arak tidak mengapa, Mabukkan janda membawa mati.
Kurik Kundi Merah SagaSayang berdua berjalan malam , Menyidai kain di bawah rumah; Mabuk arak dari semalam, Mabuk bermain apa yang sudah?
Kurik Kundi Merah SagaJangan berdua berjalan malam, Menyidai kain di bawah rumah; Mabuk arak dari semalam, Mabuk bermain bila nak sudah.
12

Kembali ke atas