Kurik Kundi Merah Saga | Arus deras Laut Bentan, Mati menteri ditikam paduka; Kalau asal permata intan, Jatuh di gelap cahaya jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Perahu belayar menyusur arus, Patah kemudi susur di pantai; Baik cari cindai yang halus, Alah beli menang dipakai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan belayar menyongsong arus, Dapat bunga tiga sekaki; Kalau tak dapat perempuan kurus, Tidak puas rasanya hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak nyamuk di Tanjung Arus, Rindu dendam di dalam puan; Tubuh gemuk menjadi kurus, Kerana rindu denganmu tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sang seromba ikan serinding, Anting-anting arus berduri; Angin dan ombak mematah beting, Masing-masing membawa diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang tidak berguna lagi, Hujan lebat arus berduri; Saya tidak kempunan lagi, Sudah dicapai di hujung jari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang tidak berguna lagi, Hujan lebat arus berduri; Saya tidak kempunan lagi, Sudah dicapai di hujung jari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada satu anak Brunei, Cari makan menimba jala; Jangan ikut arus di sungai, Takut terkepung pintu kuala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Keris panjang mata tirus, Ulu keris nampak bersilang; Serta pasang dengan arus, Bergerak surut pasangnya hilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pandai burung terbang terus, Mandi di tunggul kolam Kelang; Biar muatan dikongkong arus, Mana timbul kubawa pulang. |