Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asal-

Puisi
 

Asal sukun di Laut Jati,
     Terendak Cina jatuh ke ruang;
Patah tumbuh hilang berganti,
     Kasih lama tidak terbuang.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Jenguk pandang tindai-tindai;
     usul-usul,
asal-asal,
     jangan ditinggalkan.

Bermaksud :

Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(47)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAsal buah asam gelugur, Tiga dengan asam bali; Menangis diri di pintu kubur, Dunia tak boleh balik dua kali.
Kurik Kundi Merah SagaAsal sukun di Laut Jati, Terendak Cina jatuh ke ruang; Patah tumbuh hilang berganti, Kasih lama tidak terbuang.
Kurik Kundi Merah SagaAsal kapas menjadi benang, Sudah benang menjadi kain; Barang lepas jangan dikenang, Sudah jadi orang lain.
Kurik Kundi Merah SagaTuan mandi jangan ke laut, Asal ke laut airnya dalam; Tuan menyanyi jangan merungut, Asal merungut bertambah dendam.
Kurik Kundi Merah SagaKelapa menjadi santan, Asal santan menjadi minyak; Jika ada buah termakan, Burung liar menjadi jinak.
Kurik Kundi Merah SagaBiar tidak menaiki lori, Asal boleh naik kereta; Biar tak makan dua hari, Asalkan boleh berjumpa mata.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna bermain lilin, Lilin asal dari lemak; Apalah guna jeling-menjeling, Tersalah jeling marah emak.
Kurik Kundi Merah SagaBaju Melayu butangnya lima, Datangnya asal di Teluk Belanga; Jangan tuan suka menghina, Kita sama-sama hidup di dunia.
Kurik Kundi Merah SagaDuduk tak duduk gali lubang, Asal gali lubang juga; Duduk tak duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita.
Kurik Kundi Merah SagaSudah bernama lagi bertuah, Singgah bersila lalu duduk; Asal bunga menjadi pelepah; Adakah pelepah melawan pucuk?
12345

Kembali ke atas