Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asap his

Puisi
 

Asap tinggi ngulung-ngulung,
     Anak buaya menggonggong bangkai;
Harap hati nak memeluk gunung,
     Apakan daya tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Menggantang asap,
     mengukir langit.

Bermaksud :

Memikirkan (menghendaki) yang bukan-bukan; melakukan perbuatan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnjinglah asap asap berbuku, Anjing menyalak di pintu kota; Lagi tak dapat lagi berguru, Hendaklah sapu arang di muka.
Kurik Kundi Merah SagaAsap tinggi ngulung-ngulung, Anak buaya menggonggong bangkai; Harap hati nak memeluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.
Kurik Kundi Merah SagaAsap api bergulung-gulung, Anak buaya terlampai-lampai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.
Kurik Kundi Merah SagaAsap api bergulung-gulung, Anak buaya mulut disimpai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.
Kurik Kundi Merah SagaAsap api jauh ke darat, Tempat orang menganyam kulit; Hina besi kerana karat, Hina dagang tidak berduit.
Kurik Kundi Merah SagaAsap api membakar embun, Rendang lada disimpul pulih; Kalau kaca tangkainya embun, Pandang ada ambil tak boleh.
Kurik Kundi Merah SagaAsap berkepul di Tanjung Batu, Orang berkebun di Kampung Baharu; Jangan adik pergi dahulu, Hati tak tahan menanggung rindu.
Kurik Kundi Merah SagaAsap api naik berjurai, Terkerat tali di haluan perahu; Hajat hati tak mahu bercerai, Janji tersurat siapa tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAsap api embun berderai, Ramas santan di dalam mangkuk; Hajat hati malas bercerai, Ibarat ikan meninggal lubuk.
Kurik Kundi Merah SagaAsap api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat hati tak ndak bercerai, Kehendak Allah siapa yang tahu.
123

Kembali ke atas