Kurik Kundi Merah Saga | Pilih-pilih tempat nak mandi, Pertama teluk kedua pantai; Asyik memilih kain sekodi, Manakan laku kain sehelai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak burung pandai berenang, Menghilang di rimba hutan berduri; Malang hamba asyik terkenang, Orang dikenang membenci diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Masak nasi periuk tergantung, Hanyut sampan dari Langat; Apa nasib badan diuntung, Petang-petang asyik teringat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Sembilan jauh dipandang, Masuk melalui Selat Punggur; Harap kasihnya pohon yang rendang, Hamba mabuk asyik tafakur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petir guruh berselang-selang, Kilat menyambar si dahan jati; Cantik sungguh tuan dipandang, Tidak tertahan asyik di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyaknya di bawah bunga bertabur, Harum berbau merata-rata; Rasa jiwa umpama lebur, Kerana rindu asyik bercinta. |