Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tap] | اتڤ

Definisi : 1. penutup rumah bahagian atas (utk me­lin­dungi penghuni dr hujan dan panas), bum­bung: ~ rumah itu sudah tua; 2. benda yg dibuat drpd sesuatu bahan (spt daun rumbia dll) dipakai utk menutup bahagian atas rumah, bahan yg dijadikan bumbung: ~ genting lebih mahal drpd ~ rumbia; beratap mempunyai (memakai) atap, dibu­buh (dipasangkan) atapnya: pondok itu belum ~; beratapkan mempunyai atau dipasangkan sesuatu (spt rumbia, genting, dsb) sbg atapnya atau bumbungnya: rumah papan ~ genting; mengatap membubuh atap, memasang atap; mengatapi membubuh atap pd, memberi beratap: ~ rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.tap] | اتڤ

Definisi : 1 penutup rumah di sebelah atas: ~ rumah ini sudah bocor. 2 sesuatu (spt daun rumbia, genting, zink) yg digunakan utk menutup bahagian atas rumah. beratap mempunyai atap: Rumah yg baru didirikan itu belum ~ lagi. beratapkan memakai atau menggunakan sesuatu sbg atap: pondok yg ~ rumbia. mengatap 1 memasang atap. 2 mencari daun rumbia dsb utk dibuat atap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atap

Puisi
 

Patah atap kerana buluh,
     Atap dijalin dengan tali;
Patah sayap bertongkat paruh,
     Namun undur pantang sekali.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Air cucuran atap,
     jatuhnya kepelimbahan.

Bermaksud :

Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga. pelimbahan = tempat air yang kotor.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTitik atap disambung atap, Atap disisik di dangau padi; Banyak adat perkaralah adat, Adat yang mana setuju di hati.
Kurik Kundi Merah SagaPatah atap kerana buluh, Atap dijalin dengan tali; Patah sayap bertongkat paruh, Namun undur pantang sekali.
Kurik Kundi Merah SagaKalau buat atap jerami, Jangan lupa atap ijuk; Kalau langit nak timpa bumi, Bolehkah ditahan dengan telunjuk?
Kurik Kundi Merah SagaTetak atap disusun jangan, Buluh muda sedang mengkawan; Sudah minta undur jangan, Badan muda sedang melawan.
Kurik Kundi Merah SagaTetak atap disusun jangan, Buluh muda sedang mengkawan; Sudah didekat undur jangan, Orang muda segan melawan.
Kurik Kundi Merah SagaBeli atap bawa balik, Ambil timba menuju perigi; Semakin ditatap semakin molek, Termenung hamba menggigit jari.
Kurik Kundi Merah SagaRumah batu atap bata, Tempat mamak buat roti; Tempat tak tentu jangan kata, Tempat gamak boleh jadi.
Kurik Kundi Merah SagaPenuh sebakul atap rumbia, Gugur jatuh bertindih-tindih; Sudah jadi resam dunia, Perangai insan suka memilih.
Kurik Kundi Merah SagaMari tetak atap rumbia, Cucuk dia berlapis-lapis; Bila jumpa bapa saya, Barulah dapat apa yang terpilih.
Kurik Kundi Merah SagaKain kudi di atas atap, Belum patah jarum hilang; Kalau sudi abang bersantap, Kalau tak sudi janganlah buang.
12

Kembali ke atas