Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik anak angsa, Atas tepung atas peti; Bertitis air mata, Orang kampung habis benci. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mudik ke hulu atas jeram, Tanam keledek atas batu; Bagaimana hatiku tak geram, Tengok kopek menongkat baju. |
Kurik Kundi Merah Saga | Atas bukit menahan angin, Buah pauh timbul tenggelam; Alang sakit bercerai main, Sudah jauh berkirim salam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berdentum guruh di atas papan, Kilatnya sampai di atas bahu; Tujuh syurga di dalam badan, Tolong huraikan satu persatu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang belayar di atas layar, Orang berjudi di atas rimbat; Hutang rial boleh dibayar, Hutang budi bertambah rimbat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah pauh di atas batang, Sayang cermai di atas batu; Tuan jauh ke mari datang, Meramai akan kampungku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah pauh di atas batang, Sayang cermai di atas batu; Tuan jauh ke mari datang, Meramai akan kampungku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk merah di atas talam, Talam terletak di atas geta; Inilah surat berkirim salam, Dakwat bercampur air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putus tali di atas papan, Mari terletak di atas tangan; Sudah hati kumbang berlapan, Mengenang bunga di dalam tangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga raya di atas peti, Bunga melur di atas batu; Memang ada niat di hati, Hendak menyunting bunga yang satu. |