Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[aur] | اءور

Definisi : buluh, bambu; jenis-jenisnya: ~ cina, ~ duri, ~ hitam, ~ kuning, ~ licin, dll; bagai ~ dgn tebing prb dikatakan mengenai orang yg suka bertolong-tolongan; spt ~ di­tarik songsang prb banyak sangkut-pautnya hingga susah hendak dilaksanakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[aur] | اءور

Definisi : buluh; bambu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aur

Puisi
 

Kusangka aur di tanah seberang,
     Rupanya tebu tumbuh di busut;
Disangka jujur hati orang,
     Rupanya muslihat mencapai maksud.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bagai aur bergantung ke tebing,
     bagai tebing bergantung ke aur.

Bermaksud :

Satu sama lain bertolong-tolongan. (Bandingkan dengan: Sebagai aur dengan tebing).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAur lentik dijinak kijang, Anak Jawa minum di mangkuk; Keningnya lentik dadanya bidang, Anak muda dipanah mabuk.
Kurik Kundi Merah SagaKusangka aur di tanah seberang, Rupanya tebu tumbuh di busut; Disangka jujur hati orang, Rupanya muslihat mencapai maksud.
Kurik Kundi Merah SagaBuluh aur jangan dibelah, Titi dibuat berikat akar; Teguh setia tidak berubah, Janji ikrar jangan bertukar.
Kurik Kundi Merah SagaPasang api menambah pukat, Aur perindu tidak berdahan; Buah hati mari dekat, Hatiku rindu tidak tertahan.
Kurik Kundi Merah SagaSingapura dilanggar todak, Orang berkubu batang pisang; Orang tua melawan budak, Ibarat aur ditarik songsang.

Kembali ke atas