Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awan

Puisi
 

Awan berarak perlahan-lahan,
     Ditiup angin ke negeri Champa;
Hati sedih tidak tertahan,
     Ingin selalu hendak berjumpa.


Lihat selanjutnya...(52)
Peribahasa

Bulan mengambang dikandung awan.

Bermaksud :

Lelaki yang merindukan seorang perempuan, dan perempuan itu telah diambil oleh orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAwan berarak bergulung-gulung, Menderu angin dari seberang; Sudah nasib dilambung untung, Badan bercampak di rantau orang.
Kurik Kundi Merah SagaAwan berarak perlahan-lahan, Ditiup angin ke negeri Champa; Hati sedih tidak tertahan, Ingin selalu hendak berjumpa.
Kurik Kundi Merah SagaAwan berarak putih berseri, Hilang di balik awan petang; Bukan kepalang resah di hati, Kerana kekasih dilarikan orang.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menembak sampai ke awan, Kain kuning dibuat baju; Dilambung ombak sampai ke awan, Lancang kuning bertambah maju.
Kurik Kundi Merah SagaBurung berbunyi awan melindung, Patah galah haluan perahu; Kau sawa aku tedung, Alah menang belum tahu.
Kurik Kundi Merah SagaBurung berbunyi awan melindung, Patah galah di hujung desa; Kau sawa aku tedung, Sama-sama mengadu bisa.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan awan beralih, Anak yatim berkayuh perahu; Lahir kupandang nampak kekasih, Dalam hati siapa tahu.
Kurik Kundi Merah SagaSelagi langit payungi awan, Hujan juga merintis embun; Selagi sampai segala tujuan, Badan binasa musuh berembun.
Kurik Kundi Merah SagaRendah geroda menggaris awan, Turun ke laut menyelam diri; Seksa sangat hajat tuan, Macam kudaki gunung yang tinggi.
Kurik Kundi Merah SagaBurung merpati selindung awan, Suka hinggap atas pintu; Dalam hati sangat rawan, Mulalah awak tunang aku.
123456

Kembali ke atas