Kurik Kundi Merah Saga | Ayam-ayam tersipi-sipi, Sambar dek elang tercungap-cungap; Tidur malam termimpi-mimpi, Tidur siang teringat-ingat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam denak ayam dani, Ayam cempa makanlah padi; Kalau tiada abang di sini, Kamilah rindu sampai ke mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam ini ayam tambatan, Mari ditambat pantai Melaka; Kudengar tuan bergedung intan, Bolehkah saya tumpang berniaga? |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam ini ayam Melaka, Mari dijual ke Tanjung Pagar; Kalau tuan ingin berniaga, Hasil negeri mahulah dibayar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam ini ayam delidau, Kokok mari atas pagar; Kalau tak boleh muda sesurau, Tujuh guru saya belajar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam hitam ayam didik, Petang-petang masuk kampung; Tubuh hitam badannya kecil, Tinggal pengukur mayang nibung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sana ayam sini ayam, Tempat mana nak jemur padi; Sana buaian sini buaian, Tempat mana nak letak hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna ayam bertaji, Ayam makan si daun bunga; Dulu kasih sekarang benci, Ilmu siapa adik ni kena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam kecil terlalak-lalak, Ayam biring kuning kakinya; Abang pergi tergelak-gelak, Adik tinggal sunyi hatinya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam jalak terlalak-lalak, Ayam biring kuning kakinya; Abang pergi tergelak-gelak, Adik tinggal sumbing hatinya. |