Kurik Kundi Merah Saga | Ayuhai yudin papan yudin, Rapat papan Seri Jawa; Cik Malim terapat dinding, Terapat badan serta nyawa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kemili sejunjung naik, Ambil bemban pahat putarkan; Ayuhai diri apa tak naik, Tikar sudah dibentangkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur cucuran atap; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung dapat kutangkap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah betik dalam dulang, Mari belah tepi telaga; Ayuhai encik kami nak pulang, Mari hantar di anak tangga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Ayuhai tuan tumpang bertanya, Di dalam hati tidak lepas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan belanak dalam tapisan, Orang membubu di Kuala Dungun; Ayuhai anak ingat pesanan, Kalau jatuh cepatlah bangun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur di pohon getah; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung dapat kugetah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur di pohon kandis; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung tunduk menangis. |
Kurik Kundi Merah Saga | Laju laju perahuku laju, Tujuan arak ke bangsal hulu; Ayuhai adinda jangan begitu, Hatiku sangat bercampur rindu. |