Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.bi] | بابي

Definisi : 1. sj binatang mamalia yg berbadan gemuk, berkaki pendek, berkulit tebal, dan bermuncung (diharamkan bagi orang Islam); 2. bk kata makian yg digunakan kerana marah (sangat benci akan seseorang, sesuatu, dsb); 3. nama kartu (dlm permainan ceki); ~ alu tenuk; ~ balar babi putih; ~ bodoh = ~ janggut sj babi, Sus barbatus; ~ duyung sj binatang laut yg bentuk badannya menyerupai babi; ~ hutan babi yg liar; ~ laut sj binatang laut yg berbulu-bulu; ~ nangoi sj babi hutan yg kecil; ~ rantai = ~ tunggal babi hutan yg tidak berkawan; ~ rusa sj babi hutan yg bertaring panjang, Babyrousa babyrussa; ~ tanah sj binatang kecil yg makan semut; bagai ~ merasa gulai prb dikatakan kpd orang yg hendak menyama-nyamai orang besar (kaya dll); membabi; ~ jalang berzina, bermukah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.bi] | بابي

Definisi : ; ~ kurus sj tumbuhan (pokok), berasberas, kasir, kedondong matahari, kempas roman, pauh kijang, Trigonochlamys griffithii; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), getang-getang, ketumbi padang, tutup bumi paya, Synedrella nodiflora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.bi] | بابي

Definisi : beberapa jenis binatang yg bermuncung panjang, berkulit tebal dan berbulu kasar yg haram lagi najis di sisi agama Islam (ada yg liar dan ada yg dipelihara), Sus spp.. membabi bertingkah laku spt babi. ~ buta melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata babi

Puisi
 

Anak babi memakan siput,
     Siput bercampur batang keladi;
Kasihkan padi buangkan rumput,
     Kasihkan rumput buangkan padi.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Diidam seperti babi lemak.

Bermaksud :

Dendam yang tak habis. diidam = menaruh dendam.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke hutan memburu babi, Babi seekor taringnya panjang; Tidak salah lagakkan diri, Asal tidak menghina orang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak babi memakan siput, Siput bercampur batang keladi; Kasihkan padi buangkan rumput, Kasihkan rumput buangkan padi.
Kurik Kundi Merah SagaHabis bayam disusur babi, Banyak mati terkena damak; Ayam jangan bebaskan diri, Biawak tunggu di tepi semak.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina pelihara babi, Diberi makan daun keladi; Anak siapa berpantun tadi, Cuba pantun sekali lagi.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pelihara babi, Pohon selasih dipukul ribut; Tinggallah tuan si buah hati, Kubawa kasih seumur hidup.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pelihara babi, Pohon selasih dipukul ribut; Tinggallah tuan si buah hati, Kubawa kasih seumur hidup.
Kurik Kundi Merah SagaPokok senduduk baru berbunga, Daunnya habis dimakan babi; Selama hidup dalam dunia, Seribu tahun lautan mati.
Kurik Kundi Merah SagaTuan mudik pergi belayar, Disangka dayang memakan babi; Jangan tuan kurang percaya, Belah dada tengok hati.
Kurik Kundi Merah SagaPadi pulut di tepi hutan, Dimakan kera dengan babi; Hati perut diganggu syaitan, Satu kerja pun tak menjadi.
Kurik Kundi Merah SagaPukul empat pasang bendera, Berbunyi kismis di Pulau Babi; Kalau terdapat macam adinda, Mulutnya manis hatinya sudi.
12

Kembali ke atas