Kurik Kundi Merah Saga | Hilang tin gunung ditumpal, Nampak dari Gunung Jematu; Pinggang ramping badannya tebal, Pandai juga membuat laku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam hitam ayam didik, Petang-petang masuk kampung; Tubuh hitam badannya kecil, Tinggal pengukur mayang nibung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung haji terbang ke haji, Tapak Sulaiman di bawah tangannya; Jika adinda mengubah janji, Melungsur iman dari badannya. |