Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : 1. kata tanya (menanyakan hal), betapa: ~ keadaan budak yg sakit itu sekarang? 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: parlimen menjaga dan mengawal ~ wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; ~ juga bagaimanapun;sebagaimana seperti (yg dikehendaki dll), sama (halnya) dgn, seperti mana: sekolah itu dapat memberi pendidikan ~ yg dikehendaki;bagaimanapun biar apa pun yg terjadi;dibagaimanakan dipengapakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : kata yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara: ~kah kamu membuat kira-kira ini? sebagaimana seperti (yg ada, yg dikehendaki, yg dirujuk dsb); sama halnya dgn: Dia melakukannya ~ yg dikehendaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagaimana

Puisi
 

Bagaimana mencucuk manik,
     Manik dicucuk di pagi hari;
Abang adik silalah naik,
     Itu air membasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana nasib bagaimanalah untung, Tanam pisang tidak berjantung; Saya umpama kera lutung, Di mana ranting tumpang bergantung.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana mencucuk manik, Manik dicucuk di pagi hari; Abang adik silalah naik, Itu air membasuh kaki.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana tidak diikat, Kain batik sama sujinya; Bagaimana tidak diingat, Orang baik bahasa budinya.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana mengail udang, Lepas ditarik dienjut pula; Bagaimana bermain bujang, Lepas senyum ketawa pula.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana punai melayang, Dari sawah memotong padi; Bagaimana berkasih sayang, Dari mata sampai ke hati.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana menjemur padi, Siang dijemur malam dibuat; Bagaimana menghibur hati, Siang dihibur malam teringat.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana tidak di rimba, Lalu jatuh dari durinya; Bagaimana tidak dicinta, Hatiku hancur mengenang budinya.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana kalau tak ikat, Kait dengan duri-durinya; Bagaimana aku tak ingat, Orang baik hati budinya.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana hendak menjahit, Hendak menjahit jari pun rempak; Bagaimana saya nak naik, Tuan rumah belum nampak.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana saya nak mandi, Buaya besar melintang sungai; Bagaimana saya nak janji, Janji yang besar belum ditunai.
1234

Kembali ke atas