Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Pinang Pekan baharu, Tempat Cik Khalid menjadi raja; Bila terkenang masa dahulu, Tunduk menitik air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kelat mata malam berjaga, Baharu nak tidur kelambu baru; Berbau harum bunga cempaka, Belum kusolek sudah berbau. |
Kurik Kundi Merah Saga | Johor Bahru jalan bertambak, Tempat anak Raja Temenggung; Bukan baharu saya berkehendak, Memang tatkala ibu mengandung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asap berkepul di Tanjung Batu, Orang berkebun di Kampung Baharu; Jangan adik pergi dahulu, Hati tak tahan menanggung rindu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari ini hari Sabtu, Besok hari Ahad; Pergi sembahyang lima waktu, Baharu nabi mengaku umat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Turun hujan rintik-rintik, Tumbuh cendawan gelang kaki; Kami sepantun telur itik, Kasih ayam baharu jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Intan dingin isinya dingin, Dingin tidak berbau lagi; Puan ingin tiada ingin, Ingin tiada baharu lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun bayam alaskan senduduk, Nasi terjerang ceduk ke pinggan; Sepantun ayam tidak berinduk, Tampi orang baharu makan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Makan sirih berpinang tidak, Pinang ada di dalam celepa; Pandang ke kiri ke kanan tidak, Baharu kutahu hatiku hampa. |