Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.hu] | باهو

Definisi : 1. bahagian badan antara leher dan pangkal lengan, pundak; mengangkat ~ bp menyatakan tidak tahu; 2. bahagian perantaraan pd suatu torak (pd tempat torak itu dikecilkan); ~ jalan bahagian tepi atau sisi jalan (di luar bahagian utk laluan kenderaan); memikul di ~, menjunjung di kepala prb mengerjakan sesuatu pekerjaan haruslah menurut peraturannya supaya selamat; tangan mencencang (menetak, memetik) ~ memikul prb siapa yg bersalah harus menanggung akibatnya;membahu memikul, menyauk, menyangga;bahu-membahu bersama-sama (mengerjakan sesuatu), tolong-menolong: mereka ~ memberikan bantuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.hu] | باهو

Definisi : bahagian badan di antara leher dgn pangkal lengan. ~ jalan ruang di tepi jalan raya yg biasanya lebih tinggi drpd jalan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahu

Puisi
 

Berdentum guruh di atas papan,
     Kilatnya sampai di atas bahu;
Tujuh syurga di dalam badan,
     Tolong huraikan satu persatu.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Diberi bahu,
     hendak kepala.

Bermaksud :

Perihal anak yang dimanjakan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBaju cik tangan sekerat, Habis minyak sebelah bahu; Perkara sedikit jangan duk melarat, Kerana nanti banyak orang tahu.
Kurik Kundi Merah SagaBerdentum guruh di atas papan, Kilatnya sampai di atas bahu; Tujuh syurga di dalam badan, Tolong huraikan satu persatu.
Kurik Kundi Merah SagaCik Minah pergi ke hutan, Tuala merah lekat di bahu; Merah sungguh rambutan, Durian juga membawa bau.
Kurik Kundi Merah SagaKatak puru kerbau Perlis, Alah berlaga dengan gergasi; Tempuh bahu nak bercakap tak boleh, Pandang mata terasa nak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaHujan di hulu hujan di hilir, Hujan di Teming membawa rintik; Pandang ke bahu pandang ke leher, Pandang ke kening membawa cantik.
Kurik Kundi Merah SagaOrang darat suka bertandang, Sambil bertandang membawa cangkul; Berapa berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul.
Kurik Kundi Merah SagaPisang emas luruh digoyang, Dijolokdengan ranting habu; Adik emas saya loyang, Masakan mahu berkinca bahu.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke bukit, Carikan saya buah pulasan; Mata memandang apa nak sakit, Bahu yang memikul timpa perasan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke bukit, Carikan saya buah pulasan; Mata memandang apa nak sakit, Bahu yang memikul timpa perasan.
Kurik Kundi Merah SagaOrang barat bermain pedang, Mana nak sama batang cangkul; Mana berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul.

Kembali ke atas