Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.kul] | باکول

Definisi : bekas (tempat menaruh barang) yg dianyam (drpd rotan, buluh, dll), keranjang;~ tepak Kl bakul yg tiada mempunyai bucu;membakulkan membuang atau memasukkan ke dlm bakul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kul] | باکول

Definisi : Jw perempuan yg berniaga secara kecil-kecilan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kul] | باکول

Definisi : bekas yg dianyam drpd rotan, bilah dsb utk tempat mengisikan sesuatu: ~ sampah bekas tempat membuang sampah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakul

Puisi
 

Bakul berisi ketam dan siput,
     Mari diletak di hujung sudut;
Yang menanti padang tak berumput,
     Yang datang kurus berkerut.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.

Bermaksud :

Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBakul penuh berisi limau, Sangat berat tak boleh dijinjing; Biar mati ditangkap harimau, Jangan mati digigit anjing.
Kurik Kundi Merah SagaBakul berisi ketam dan siput, Mari diletak di hujung sudut; Yang menanti padang tak berumput, Yang datang kurus berkerut.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil bakul isi buah, Kasi makan orang di Deli; Sepuluh kali pancing bertuah, Ikan tidak serahkan diri.
Kurik Kundi Merah SagaBuat ketupat bakul baru, Buang kulit lautan Siam; Abang dapat kekasih baru, Buang saya dalam diam.
Kurik Kundi Merah SagaJurumudi pegang kemudi, Nyiur bakul peninjau kerang; Bukan sebabnya tidak berbudi, Jangan ketara kepada orang.
Kurik Kundi Merah SagaBurung pipit di dalam bakul, Ambil seekor berikan saya; Alang bukit lagi kucangkul, Ini pula tanah paya.
Kurik Kundi Merah SagaSayang palung di atas bukit, Penyimpai mari Hulu Pemarang; Bertiang gantung barang sedikit, Buat bakul menyandang barang.

Kembali ke atas