Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.lai.ba.lai] | بالاي ٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok), pauh punggah, Aralidium pinnatifidum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lai.ba.lai] | بالاي ٢

Definisi : 1. balai kecil yang digunakan oleh bomoh (pada masa mengubati orang dan lain-lain); 2. Jw bebalai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lai.ba.lai] | بالاي ٢

Definisi : sj tempat duduk atau tempat tidur yg dibuat drpd kayu atau buluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balai-balai

Puisi
 

Sinangan balai batang kapas,
     Ramai orang pasar tua;
Anak menuang laut lepas,
     Tergadai si emak tua.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Sebagai petai sisa pengait.

Bermaksud :

Tak berguna sedikit juga. (Bandingkan dengan: Kulai-balai bagai petai sisa pengait [= dikait]).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBalai Cik Wan kecil, Bentuk panjang lima; Bertunang dari kecil, Menikah bulan lima.
Kurik Kundi Merah SagaSinangan balai batang kapas, Ramai orang pasar tua; Anak menuang laut lepas, Tergadai si emak tua.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Balai jalan berhenti, Anak Cina melipat kain; Adinda lalai boleh kunanti, Janganlah saja ke tempat lain.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Balai jalan berhenti, Anak Cina melipat kain; Adinda lalai boleh kunanti, Janganlah saja ke tempat lain.
Kurik Kundi Merah SagaGayung gendang pecah balai, Kusembah mari raja Cendana; Kamu dendam datang ke mari, Kami tak boleh datang ke sana.
Kurik Kundi Merah SagaPinang muda gantung di balai, Taruh makan bulan puasa; Orang muda jangan dilalai, Kalau lalai rosak binasa.
Kurik Kundi Merah SagaKayu ara di hujung balai, Dituruni bulan puasa; Adinda tuan janganlah lalai, Sudah tua badan binasa.
Kurik Kundi Merah SagaTanam serbat di pintu balai, Mari ditunggu bilang malam; Apa makrifat tuan pakai, Mimpikan tuan bilang malam.
Kurik Kundi Merah SagaBudak Mesir berdagang intan, Turun balai menuju ke paya; Hendak fikir memakan umpan, Bibir berkait badan tak rela.
Kurik Kundi Merah SagaBurung putih terbang malam, Hinggap balai raja; Kain putih atas tilam, Buat pengesat air mata.
12

Kembali ke atas