Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung, merbuk, ketitir, tekukur, Geopelia striata; bagai ~ dgn ketitir prb perihal dua orang yg tidak dapat bermuafakat, masing-masing membanggakan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj burung; tekukur, Geopelia striata striata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balam I

Puisi
 

Burung balam terbang tinggi,
     Dari Palembang terus ke Langkat;
Tidur malam termimpi-mimpi,
     Duduk siang teringat-ingat.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Memikat balam dengan balam.

Bermaksud :

Mencari wang dengan wang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMemikat balam di Gunung Banang, Anak kera tidur melata; Tidur malam tuan dikenang, Tidur berendam airnya mata.
Kurik Kundi Merah SagaBurung balam terbang tinggi, Dari Palembang terus ke Langkat; Tidur malam termimpi-mimpi, Duduk siang teringat-ingat.
Kurik Kundi Merah SagaBurung jeladan singgah di huma, Anak balam turun ke paya; Budi laksana sinar purnama, Manusia alam menumpang cahaya.
Kurik Kundi Merah SagaIbu kapur di lembah paya, Tebang balam di cuaca redup; Sirih sekapur persembahan saya, Minta disimpan seumur hidup.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam baru berkepak, Mari patuk burung balam; Bawa garam cuma secupak, Takkan masin air di kolam.
Kurik Kundi Merah SagaPisang raut di hujung bendul, Hendak meraut si bingkai balam; Lautan dalam sebesar jambul, Tujuh buah kapal di dalam.

Kembali ke atas