Kurik Kundi Merah Saga | Memikat balam di Gunung Banang, Anak kera tidur melata; Tidur malam tuan dikenang, Tidur berendam airnya mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung balam terbang tinggi, Dari Palembang terus ke Langkat; Tidur malam termimpi-mimpi, Duduk siang teringat-ingat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung jeladan singgah di huma, Anak balam turun ke paya; Budi laksana sinar purnama, Manusia alam menumpang cahaya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ibu kapur di lembah paya, Tebang balam di cuaca redup; Sirih sekapur persembahan saya, Minta disimpan seumur hidup. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam baru berkepak, Mari patuk burung balam; Bawa garam cuma secupak, Takkan masin air di kolam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisang raut di hujung bendul, Hendak meraut si bingkai balam; Lautan dalam sebesar jambul, Tujuh buah kapal di dalam. |