Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bang.sal] | بڠسل

Definisi : 1. rumah panjang (utk gudang dll); 2. tempat panjang yg beratap (di pasar); 3. berek; 4. Jw balai (di istana). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bang.sal] | بڠسل

Definisi : rumah atas tanah yg biasanya tidak berdinding dan digunakan utk sementara saja: Mereka menyimpan papan di ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangsal

Puisi
 

Bangsal kongsi di Kuala Nerang,
     Mengukus serikaya dalam sabut;
Kalau benci jangan dikenang,
     Nama saya jangan disebut.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPondok menjadi bangsal, Bangsal ada di hujung desa; Usul menunjukkan asal, Bahasa menunjukkan bangsa.
Kurik Kundi Merah SagaBangsal kongsi di Kuala Nerang, Mengukus serikaya dalam sabut; Kalau benci jangan dikenang, Nama saya jangan disebut.
Kurik Kundi Merah SagaGendang bertabuh tigalah bangsal, Jamu-berjamu semangkuk jeluk; Nak menambat kasih yang tunggal, Macam ikan balik ke lubuk.
Kurik Kundi Merah SagaLaju laju perahuku laju, Tujuan arak ke bangsal hulu; Ayuhai adinda jangan begitu, Hatiku sangat bercampur rindu.

Kembali ke atas