Kurik Kundi Merah Saga | Banyaknya di bawah bunga bertabur, Harum berbau merata-rata; Rasa jiwa umpama lebur, Kerana rindu asyik bercinta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hutan di hulu banyaknya rebung, Potong-potong taruh di karung; Kalau tak mahu galah disambung, Buah masak dimakan burung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Duku dekat pohon melati, Banyaknya di bawah bunga bertabur; Hatiku lekat mungkin ke mati, Rasa jiwa seumpama lebur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berjumpa gajah dua serupa, Gajah kecil mati terkepung; Banyaknya lebih daripada adinda, Keningnya lentik bagai berladung. |