| Kurik Kundi Merah Saga | Bapa hendak meniti dahan, Dahan patah tebing seberang; Saja tak pandai harap faham, Jangan gelabah disuruh orang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Senggarang Batu Pahat, Emak garang bapa jahat; |
| Kurik Kundi Merah Saga | Buah sepak digantung tinggi, Jatuh dia ke dalam kapit; Bapa saya sudah pun pergi, Pulang ke dagang tempat tak sabit. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kemili sejunjung naik, Mari digali dengan pahat putar; Ibu bapa sendiri jemputlah naik, Saya sudah bentangkan tikar. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Nisan batu tambak belian, Jari jangan diberi luka; Amanah ibu bapa pesan, Janji jangan diberi lupa. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Mari tetak atap rumbia, Cucuk dia berlapis-lapis; Bila jumpa bapa saya, Barulah dapat apa yang terpilih. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ambil kapak di tengah laman, Tanam sirih tepi telaga; Ibu bapa tentu tak berkenan, Sekalian waris pun tak suka. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Telur merpati telur tunggal, Taruh mari atas meja; Emak mati bapa meninggal, Pada siapa hendak bermanja. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pohon temak akar pun temak, Gugur di kuala bunga sekuntum; Diluah bapa ditelan emak, Sampai bila hendak dikulum? |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk perah selara perah, Pucuk kundur ngelai ke hulu; Ibu dan bapa sudahlah marah, Biar saya balik dulu. |